British Dan Resolusi 242 1967: Pengajaran Sejarah Untuk Pelan Damai di Asia Barat

Authors

  • Muhamad Hasrul Zakariah Universiti Sains Malaysia

Abstract

ABSTRACT

Arab-Israeli conflict since 1947 up to now still seems no end. Within the long term, the process and the peace talks sponsored by the various parties have been planned, but the results to date restive Palestinian territories still do not find any way of reconciliation. The latest was the appointment of former British Prime Minister, Tony Blair as the quartet special representative of superpowers to West Asia also without any promising peace to the region that has long been troubled. In fact, conflict, during which only involves Israel and the Arabs on the Palestinian increasingly bitter conflict is further complicated when involving Israel, Hamas fighters in Gaza and the Western allies, the Fatah movement in the West Bank. Thus, the question arises about the reasons for the failure of peace talks held since 1949. To answer this question, the discussion will focus on the peace talks that took place after the Arab-Israeli war of 1967. The peace talks which resulted in UN Resolution 242 was drafted by the British, which was later confirmed by the UN. The discussion that fully using the documents of British archives in England will review the attitudes and actions of the British when formulating and subsequently sponsoring the peace plan. Through a review of British government official documents, it is hope that the study will answer the question about the cause of the failure of the peace process in modern West Asia.


ABSTRAK
Konflik Arab Israel sejak tahun 1947 sehingga kini masih kelihatan tidak ada penghujungnya. Walaupun dalam tempoh yang panjang itu, proses dan rundingan damai tajaan pelbagai pihak telah direncanakan, namun hasilnya sehingga kini wilayah Palestin yang bergolak masih tidak menemukan sebarang jalan perdamaian. Yang terbaru pula ialah perlantikan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sebagai wakil khas quartet kuasa-kuasa besar ke Asia Barat kelihatan tidak menjanjikan perdamaian untuk wilayah yang telah lama bergolak itu. Malah, konflik yang selama ini hanya membabitkan Israel dan Arab berhubung Palestin kian getir apabila konflik ini semakin rumit membabitkan Israel, pejuang-pejuang Hamas di Gaza dan sekutu Barat, pergerakan Fatah di Tebing Barat. Justeru, timbul persoalan tentang sebab-sebab kepada kegagalan segala rundingan damai yang berlangsung sejak tahun 1949 lagi. Bagi menjawab persoalan ini, perbincangan akan memfokuskan tentang rundingan damai yang berlangsung selepas perang Arab-Israel 1967. Rundingan damai yang menghasilkan resolusi 242 PBB telah dirangka oleh pihak British yang kemudiannya disahkan oleh PBB. Perbincangan yang menggunakan sepenuhnya dokumen-dokumen arkib British di England ini akan meninjau sikap dan tindak-tanduk British ketika merangka dan kemudiannya menaja pelan damai tersebut. Melalui tinjauan dokumen-dokumen rasmi kerajaan Britain ini, diharapkan kajian ini akan menjawab persoalan tentang punca kegagalan proses perdamaian di Asia Barat moden.

Downloads

Published

2017-04-06

How to Cite

Zakariah, M. H. (2017). British Dan Resolusi 242 1967: Pengajaran Sejarah Untuk Pelan Damai di Asia Barat. Jurnal Kemanusiaan, 5(2). Retrieved from https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/177

Issue

Section

Articles