PERANAN JAWATANKUASA KESELAMANTAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM ORGANISASI: SUATU PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

Authors

  • Hapriza Ashari Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

ABSTRACT

Section 30 of the Occupational Safety and Health Act 1994 requires every employer with more than forty workers to set up a Committee of Occupational Safety and Health (JKKP) at work. JKKP is the committee which looks at the safety and health issues in the workplace; providing a venue for consultation and cooperation between the employers and employees in addressing the issue of the safety and health of workers. It provided a platform for employees from different levels and departments to jointly committed while sharing experience and knowledge to prevent, monitor and control accidents and illnesses in the workplace. JKKP is a key component in the organization; its set up is required by legislation under the Occupational Safety and Health Act 1994. Its composition, functions and procedures for meetings prescribed in detail in the Occupational Safety and Health (Safety and Health Committee) Regulations 1996.

ABSTRAK

Seksyen 30, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mewajibkan setiap majikan yang mempunyai lebih daripada empat puluh orang pekerja untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja. JKKP merupakan badan pengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang menjadi medan perundingan dan arena kerjasama antara majikan pekerja dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerja. Ia menjadi wadah untuk pekerja daripada pelbagai peringkat dan bahagian untuk bersama-sama memberikan komitmen di samping berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk mencegah, memantau serta mengawal kemalangan dan penyakit di tempat kerja. JKKP merupakan komponen penting dalam organisasi hingga penubuhannya diwajibkan secara legislatif oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Manakala komposisi, fungsi dan prosedur mesyuaratnya diperjelaskan dengan terperinci dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.

References

Hapriza bte Ashari. (2004). Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Tanggungjawab Siapa? Jurnal Kemanusiaan. Bil 3; 73-83.

Ismail Bahari. (2002). Pengaturan Sendiri Di Dalam Pengurusan Keselamatan dan Pekerjaan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Malaysia, Parlimen. (1994). Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Kuala Lumpur: MDC Publishers and Printers Sdn. Bhd.

Malaysia, Kementerian Sumber Manusia. (1996). Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. Kuala Lumpur: MDC Publishers and Printers Sdn. Bhd.

Downloads

Published

2017-04-06

How to Cite

Ashari, H. (2017). PERANAN JAWATANKUASA KESELAMANTAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM ORGANISASI: SUATU PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Jurnal Kemanusiaan, 3(1). Retrieved from https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/141

Issue

Section

Articles