MENEROKA PEMAHAMAN PEKERJA WANITA MENGENAI TERMA GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: SATU KAJIAN DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

Authors

  • Nicolly Aeron Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
  • Tharshini N.K. UNIMAS

DOI:

https://doi.org/10.11113/jur.kemanusiaan.v21.430

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meneroka pemahaman pekerja wanita mengenai terma gangguan seksual di tempat kerja. Pengkaji telah menggunakan kaedah temubual mendalam bagi mengumpul data berkaitan dengan pemahaman pekerja wanita mengenai terma gangguan seksual di tempat kerja serta faktor-faktor yang menyumbang kepada perlakuan gangguan seksual di tempat kerja. Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada responden terdiri daripada golongan wanita yang berada dalam lingkungan umur 24 hingga 26 tahun. Dari aspek pendapatan pula, sebahagian besar daripada responden berpendapatan dalam lingkungan RM750 hingga RM900 sebulan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden faham mengenai terma gangguan seksual di tempat kerja akan tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai undang-undang yang berkaitan dengan isu ini. Hasil kajian turut mendapati bahawa gangguan seksual berlaku di tempat kerja disebabkan pelbagai faktor yang berbeza seperti gaya pemakaian yang menjolok mata, perwatakan wanita yang lemah-lembut, penyalahgunaan kuasa, serta pengaruh rakan sekerja. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan agar memberikan perlindungan yang optimum kepada pekerja wanita agar golongan ini terus dihormati dan diberi layanan yang baik di tempat kerja.

Downloads

Published

2023-12-14

How to Cite

Aeron, N., & Tharshini N.K. (2023). MENEROKA PEMAHAMAN PEKERJA WANITA MENGENAI TERMA GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: SATU KAJIAN DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. Jurnal Kemanusiaan, 21(2), 27–33. https://doi.org/10.11113/jur.kemanusiaan.v21.430

Issue

Section

Articles