PEMERKASAAN DIRI MELALUI KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN IBU TUNGGAL

Authors

  • Farah Adibah Ibrahim Universiti Teknologi Malaysia
  • Mohd Sharial Bungsu Universiti Teknologi Malaysia
  • Junaidah Yusof Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Sebahagian besar ibu tunggal di Malaysia tidak mempunyai pekerjaan yang stabil. Kemahiran keusahawanan ibu tunggal di Malaysia didominasi oleh mereka yang bekerja dari rumah sama ada secara kecil-kecilan atau sepenuh masa. Maka kajian ini meneroka faktor kemahiran keusahawanan ibu tunggal yang bekerja dari rumah serta impaknya dalam meningkatkan pemerkasaan diri mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berfokus kepada kajian kes. Seramai 6 responden ibu tunggal yang terlibat dalam kajian ini yang berdaftar di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT). Proses pengumpulan data diperolehi melalui temubual indepth, pemerhatian dan anallisis dokumen, Analisis kajian ini juga menggunakan perisian Nvivo 12 dan dilaksanakan menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian mendapati, kemahiran keusahawanan seperi berniaga dan memasak merupakan kemahiran dominan yang diaplikasikan oleh ibu tunggal yang bekerja di rumah. Pemerkasaan diri ibu tunggal dapat dijana dengan melihat sejauhmana kemahiran keusahawanan ini mampu menjana pendapatan yang stabil bagi keluarga mereka. Hal ini berlaku disebabkan oleh kemahiran berniaga dan memasak ini adalah antara kemahiran yang mudah diakses dan dicapai oleh responden kajian. Secara kesimpulannya, kemahiran bekerja dalam kalangan ibu tunggal dapat dilihat sebagai salah satu bentuk adaptasi diri terhadap situasi dan sikap yang tidak berputus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai ibu tunggal. Implikasi kajian ini dapat dilihat dari aspek perlaksanaan program-program latihan dan bantuan dari agensi-agensi terlibat yang menjurus kepada minat dan peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan ibu tunggal.

Downloads

Published

2022-12-16

How to Cite

Farah Adibah Ibrahim, Mohd Sharial Bungsu, & Junaidah Yusof. (2022). PEMERKASAAN DIRI MELALUI KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN IBU TUNGGAL. Jurnal Kemanusiaan, 19(2), 7–13. Retrieved from https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/422

Issue

Section

Articles