PEMBENTUKAN KONTINUM PEMIKIRAN VISUAL PELAJAR MENERUSI VISUALISASI HIBRID PEMBELAJARAN SERVIS (V-HIPS)

Authors

  • UMI MASTURA ABD MAJID UTM
  • Noor Azean Atan UTM
  • Sanitah Mohd Yusof Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/jur.kemanusiaan.v21n1.418

Abstract

Pembelajaran Sains Komputer memerlukan pemikiran logik pelajar serta gambaran jelas implimentasinya dalam keadaan sebenar. Kekurangan aktiviti pembelajaran untuk mempraktiskan teori kepada praktikal sebenar menyebabkan pelajar kurang mampu untuk menggambarkan konsep yang dipelajari kepada situasi sebenar. Maka dalam pembelajaran Sains Komputer perlu memvisualkan konsep pembelajaran kepada keadaan realiti seperti perlaksanaan aktiviti Pembelajaran Servis (PS). Namun dalam situasi endemik pasca covid-19 kini, pelaksanaan aktiviti Pembelajaran Servis ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka. Justeru pengintegrasian PS menerusi medium teknologi secara bersama adalah diperlukan dan bersesuaian dengan pelajar merupakan digital natif masa kini. Oleh demikian, pembelajaran servis berbentuk hibrid yang menggunakan bersama medium teknologi merupakan rekabentuk instruksi memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan teoritikal kepada praktikal dalam keadaan sebenar. Justeru kajian ini telah mereka bentuk aktiviti pembelajaran Sains Komputer dengan bahan bervisual menerusi laman web hibrid pembelajaran servis dalam menyokong kontinum pemikiran visualisasi pelajar. Seterusnya kesan aktiviti pembelajaran Sains Komputer terhadap aras kontinum pemikiran visualisasi serta tahap kemahiran pelajar dikenalpasti bersama persepsi terhadap hibrid pembelajaran servis.

Downloads

Published

2023-06-28

How to Cite

ABD MAJID, U. M., Atan, N. A., & Mohd Yusof, S. (2023). PEMBENTUKAN KONTINUM PEMIKIRAN VISUAL PELAJAR MENERUSI VISUALISASI HIBRID PEMBELAJARAN SERVIS (V-HIPS). Jurnal Kemanusiaan, 21(1), 73–84. https://doi.org/10.11113/jur.kemanusiaan.v21n1.418

Issue

Section

Articles