KEPERCAYAAN, ADAT BUDAYA DAN AMALAN KEAGAMAAN ORANG ASLI KANAQ DI KOTA TINGGI, JOHOR

Authors

  • Norhafizah Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Abstract

Orang asli Kanaq merupakan suku kaum yang mengamalkan animisme sejak dahulu yang akhirnya memeluk Islam. Pertukaran fahaman dan agama turut menyebabkan berlakunya perubahan dari sudut amalan keagamaan. Namun, praktis dalam amalan keagamaan ini memerlukan bimbingan agar amalan ini bukan sekadar ikut-ikutan tetapi berdasarkan kefahaman yang jelas tentang agama Islam.  Justeru, artikel ini membincangkan kepercayaan, adat budaya dan amalan keagamaan dalam kalangan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, Kota Tinggi, Johor. Kajian dilakukan secara kajian lapangan melalui temu bual dengan individu penting di penempatan tersebut dan juga berdasarkan analisis dokumen. Kajian mendapati agama Islam telah mempengaruhi cara hidup dalam kalangan masyarakat orang asli Kanaq di Kota Tinggi, Johor. Perkembangan agama Islam telah mengubah konsep ketuhanan dalam kalangan orang asli Kanaq dan menyebabkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kelahiran, perkahwinan dan kematian berubah daripada kepercayaan asal kepada ritual berdasarkan Islam. Malah amalan ritual seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan perayaan-perayaan agama turut dipraktikkan mengikut ajaran Islam secara meluas.

Downloads

Published

2022-12-16

How to Cite

Ahmad, N. (2022). KEPERCAYAAN, ADAT BUDAYA DAN AMALAN KEAGAMAAN ORANG ASLI KANAQ DI KOTA TINGGI, JOHOR. Jurnal Kemanusiaan, 19(2), 26–32. Retrieved from https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/415

Issue

Section

Articles