KAJIAN MENGENAI PERBEZAAN NIAT BERHENTI KERJA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH AGAMA SWASTA

Authors

  • Zainoor Hafizah Darsan Sekolah Rendah Islam As Syddiq, Jalan Sekolah, Kampung Sahari Blok 3, 86200 Simpang Renggam, Johor, Malaysia
  • Rabeatul Husna Abdull Rahman Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia
  • Fadilah Zaini Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia
  • Salwa Abdul Patah Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia

Abstract

Terdapat banyak kajian lepas yang mengkaji tentang guru-guru di sekolah kerajaan, namun tidak banyak kajian yang melihat kepada aspek niat berhenti kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah swasta. Oleh itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji mengenai tahap niat berhenti kerja guru-guru dan perbezaan niat berhenti kerja berdasarkan faktor demografi. Pemilihan respoden dibuat menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan soal selidik telah diedarkan secara elektronik ke semua lapan cawangan sekolah berkenaan iaitu Johor, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Perisian SPSS telah digunakan untuk menganalisis data secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati responden kajian mempunyai niat untuk berhenti kerja yang sederhana. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap niat berhenti kerja di antara responden berlainan jantina, taraf perkahwinan, dan juga tahap pendidikan. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi umur. Didapati bahawa responden yang berumur melebihi 40 tahun mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk berhenti kerja berbanding responden yang lebih muda.

Downloads

Published

2022-07-05

How to Cite

Zainoor Hafizah Darsan, Rabeatul Husna Abdull Rahman, Fadilah Zaini, & Salwa Abdul Patah. (2022). KAJIAN MENGENAI PERBEZAAN NIAT BERHENTI KERJA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH AGAMA SWASTA. Jurnal Kemanusiaan, 19(1), 20–26. Retrieved from https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/412

Issue

Section

Articles