PENGALAMAN PEMBELAJARAN INFORMAL DALAM KALANGAN PEKERJA PEJABAT TANAH DI KELANTAN

INFORMAL LEARNING EXPERIENCE AMONG LAND OFFICE EMPLOYEE IN KELANTAN

Authors

  • Nur Farahin binti Mohd Yusof Pembangunan Sumber Manusia & Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia
  • Muhammed Fauzi Othman Pembangunan Sumber Manusia & Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia
  • Mohd Azhar Abd Hamid Pembangunan Sumber Manusia & Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia
  • Mohd. Koharuddin Balwi Pembangunan Sumber Manusia & Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia
  • Mohd. Nasir Markom Pembangunan Sumber Manusia & Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru , Johor, Malaysia

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan meneroka pengalaman pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Kelantan. Pembelajaran informal antara kaedah penting peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetesi di tempat kerja. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Teknik temu bual secara semi berstruktur digunakan melalui teknik persampelan bertujuan. Lima pekerja di organisasi berkaitan telah dipilih sebagai informan kajian. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu mengenalpasti faktor yang mendorong pekerja melaksanakan pembelajaran informal; mengenalpasti strategi yang digunakan dalam pembelajaran informal dan meneroka kesan pembelajaran informal terhadap pekerja. Data yang diperolehi daripada temubual ditranskrip verbatim dan dianalisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan, pekerja terdorong untuk belajar kerana faktor motivasi; tuntutan kawasan persekitaran dan keperluan kerja. Strategi pembelajaran pula pelbagai seperti menggunakan strategi bahan bacaan; media elektronik; kaedah pemerhatian dan berdialog dengan orang yang lebih pakar. Selain itu, kesan pembelajaran informal dalam kalangan pekerja adalah berlakunya peningkatan pengetahuan seperti ilmu undang-undang hartanah, kemahiran dalam menguruskan tugasan terutama di lapangan dan meningkatkan profesionalisme serta memperbaiki sikap mereka terhadap kerja.

Downloads

Published

2022-07-05

How to Cite

Nur Farahin binti Mohd Yusof, Muhammed Fauzi Othman, Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, & Mohd. Nasir Markom. (2022). PENGALAMAN PEMBELAJARAN INFORMAL DALAM KALANGAN PEKERJA PEJABAT TANAH DI KELANTAN: INFORMAL LEARNING EXPERIENCE AMONG LAND OFFICE EMPLOYEE IN KELANTAN. Jurnal Kemanusiaan, 19(1), 8–19. Retrieved from https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/411

Issue

Section

Articles