HUBUNGAN ANTARA KESESUAIAN TUGAS DAN KEJAYAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (HRMIS) DI KEMENTERIAN KEWANGAN, PUTRAJAYA

Authors

  • Siti Nur Saadah Anuar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor
  • Azra Ayue Abdul Rahman Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor
  • Mohammed Ayyub Hassan Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor

Abstract

Penggunaan sistem maklumat berasaskan komputer bertujuan membantu meningkatkan prestasi sesebuah organisasi dapat dilihat dalam hampir kesemua aktiviti pengurusan dan pentadbiran. Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) adalah sistem yang digunakan untuk memperoleh, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengambil dan mengedarkan maklumat penting berkaitan aktiviti sumber manusia dalam organisasi. Sistem HRMIS merupakan salah satu contoh kepada sistem HRIS. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesesuaian tugas, tahap kejayaan sistem HRMIS dan hubungan antara kedua pemboleh ubah ini. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data.Seramai 52 orang responden terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesesuaian tugas dan tahap kejayaan sistem HRMIS adalah tinggi. Hubungan antara kedua- dua pemboleh ubah ini adalah positif dan signifikan. Kesimpulannya, sistem HRIS  yang baik mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan organisasi.

Downloads

Published

2020-12-01

How to Cite

Anuar, S. N. S., Abdul Rahman, A. A., & Ayyub Hassan, M. (2020). HUBUNGAN ANTARA KESESUAIAN TUGAS DAN KEJAYAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (HRMIS) DI KEMENTERIAN KEWANGAN, PUTRAJAYA. Jurnal Kemanusiaan, 18(2). Retrieved from https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/404

Issue

Section

Articles