FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, JOHOR

Authors

  • Azra Ayue Abdul Rahman Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor
  • Fauziah Musa Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor tekanan kerja yang dominan, tahap tekanan kerja serta perbezaan tekanan kerja berdasarkan umur dan jantina dalam kalangan pekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Johor. Kajian ini melibatkan 136 orang pekerja sebagai sampel kajian yang dipilih melalui kaedah persampelan mudah. Borang soal selidik yang digunakan untuk mengukur faktor-faktor tekanan kerja terdiri daripada 61 item yang diadaptasi daripada Skala Tekanan Kerja dari Indikator Tekanan Kerja (OSI). Enam faktor terlibat dalam kajian ini adalah faktor intrinsik dalam kerja, peranan dalam pengurusan, hubungan dengan orang lain, kerjaya dan pencapaian, struktur dan iklim organisasi dan halangan kerja/rumah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi untuk mendapatkan kekerapan, skor min, dan peratusan. Analisis inferensi melalui ujian ANOVA sehala dan ujian-T sampel bebas juga digunakan untuk mengukur perbezaan tekanan kerja berdasarkan umur dan jantina. Dapatan hasil kajian mendapati faktor dominan yang berpotensi menyumbang kepada tekanan kerja dalam kalangan pekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Johor adalah faktor struktur dan iklim organisasi dengan skor min 3.9057, manakala faktor terendah pula ialah faktor halangan kerja/rumah dengan skor min 3.3289. Tahap tekanan kerja para pekerja di jabatan tersebut untuk keseluruhan enam faktor pula adalah berada di tahap yang sederhana. Bagi perbezaan tekanan kerja berdasarkan umur dan jantina pula, kedua-dua hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan.

References

Abd. Rahim, A. R. (2006). Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

American Psychological Association (APA), (2017). Diambil pada 20 Mei 2019 daripada https://www.apa.org/news/index

Andrew, K. (2016). Up to 40% of Japanese men can’t sleep because of work stress. Japan Today. Diambil pada 20 Mei 2019 daripada https://japantoday.com/category/features/lifestyle/up-to-40-of-japanese-men- cant-sleep-because-of-work

Ayyapan dan Valdivel M. S. (2013). The Impact of Occupational Stress of Selected Banking Sector Employees in Tamil Nadu. International Journal of Finance and Banking Studies Vol. 2.

BERNAMA. (2019). Lebih 400,000 Penjawat Awam Alami Tekanan Emosi- CUEPACS. Berita Harian. Diambil pada 23 Mac 2019 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542908/lebih-400000- penjawat-awam-alami-tekanan-emosi-ceupacs

Brinson, S. L. dan Benoit, W. L. (1999). The Tarnishing Star. Management Communication Quarterly, 12, 483-510.

Brislin, R. W. (1973). Cross-Cultural Research Methods. New York : John Wiley.

Chua, B. S., Abdul Halim, O., dan Mohammad, H. Y. (2006). Stes Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan Masalah Kesihatan Mental: Universiti Malaysia Sabah.

Chua, B. S. dan Mohammad, H. Y. (2000). Sumber, Kesan Stres Pekerjaan dan Strategi Daya Tindak : Satu Kajian Ke Atas Kakitangan Hospital Sandakan, Sabah. Proceeding Of The Sixth Beinnial Borneo Reseach Conference, 723-736.

Cooper, C. L., Sloan, S. J. dan William, S. (1988). Occupational Stress Indicator Management Guide. Oxford : NFER-Nelson Publishing Company Limited.

Firdaus, A.G. (2019). Tekanan di Tempat Kerja : Bagaimana Untuk Bertahan. Astro Awani. Diambil pada 23 Mac 2019 daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tekanan-di-tempat-kerja bagaimana-untuk-bertahan-199233

Global News. (2018). This is the state of stress in 2018. Diambil pada 18 Mei 2019 daripada Https://Globalnews.Ca/News/4138006/Stress-Causes-Today/

Harun, Y. (2019). Kaji Punca Stres Kakitangan Awam-CUEPACS. Berita Harian. Diambil pada 15 Mac 2019 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/521912/kaji-punca-stres- kakitangan-awam-cuepacs

Irwan Hardy, B. (2014). Hubungan Tekanan Kerja Dengan Prestasi Kerja Di Kalangan Personel Cawangan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Iskandar Malaysia, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Ishak, M.S. (2004). Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi Jilid II: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Jessie, L. (2017). Dead for dough: Death by overwork around the world. The Straits Times. Diambil pada 20 Mei 2019 daripada https://www.straitstimes.com/world/dead-for-dough-death-by-overwork-around-the-world

Kawatu, P. (2012). Bahan Ajar Kesehatan dan Keselamatan Kerja. FKM.

Krejcie, R. V., dan Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measument, 30, 607-610.

Lee, L.T. (2016, April 29). Gaya Hidup Sihat Bantu Pekerja Kurang Tekanan. Berita Harian. Diambil pada 30 April 2019 daripada https://www.bharian.com.my/node/148498

Martin, L. dan Tom, W. (2004). Differences in Occupational Stress Among

Professionals In The Construction Industry. Journal of Management in Engineering 20 : 126-132.

Mohd Shaiful, A. K., Aniza, I. dan Rosnah, I. (2018). A Review of Occupational Stress Prevalence and Its Predictors Among Selected Working Populations in Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur. Vol.18(2):1-6

Muzaffar, S. M. (2016). Occupational Stress in Malaysia: Cause, Effects & Possible Solutions. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia.

Natalie, G. (2016). Women Are More Stressed At Work Than Men. Diambil pada 20 Mei 2018 daripada https://www.refinery29.com/en-gb/2016/12/134369/women- work-stress-statistics-uk

Nor Asma, S., (2011). Faktor-Faktor Tekanan Kerja dan Prestasi Kerja Di Kalangan Pekerja Perkhidmatan Awam di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak.

Nurul Ain, M.H (2014). Penjawat Awam Stres, JPA Sedia Khidmat Psikologi. Mstar Online. Diambil pada 20 Mac 2019 daripada https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/10/09/psikologi-penjawat-awam

Nursyazlin Yatie, M. Z. dan Noraini, A. R. (2017). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tekana Kerja Dalam Kalangan Anggota Polis : Satu Kajian Di Kem Batalion 9 PGA Kuala Terengganu. Kolej Universiti Islam Melaka, Jurnal Sains Sosial, Malaysian Journal Of Social Science Jilid 2 2017: 103•116.

Saifulbakri, M. Y. (2018). Penjawat Awam Penentu Kejayaan. Utusan Online. Diambil pada 20 Mei 2019 daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/penjawat-awam-penentu-kejayaan-1.743753

Sliskovic, A., dan Sersic, D. M. (2011). Work Stress Among University Teachers: Gender and Position Differences. Educational Psychology, Vol. 5.

Smith, A. C., Mathews, V., dan McNamara, R. (2000). The Scale Of Occupational Stress: A Further Analysis Of The Impact Of Demographic Factors And Type Of Job, HSE Contract Research Report No: 311/2000, Health and Safety Executive, HSE Books: Sudbury.

Tandon, J. K., Mahaur, C., dan Gupta, A. (2014). Effect of Age and Gender on Occupational Stress : A Study on Teaching Fraternity. International Journal of Engineering Technology, Management and Applied Sciences, Volume 2 Issue 2.

Wani, M. (2018). Stress and workplace depression must be addressed, says mental health association. Star Online. Diambil pada 20 Mei 2019 daripada https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/02/stress-and-workplace- depression-must-be-addressed-says-mental-health-association/

Yusharifuddin, M. Y. (2009). Hubungan Antara Tekanan Kerja Dengan Komitmen Terhadap Kerja Pegawai dan Anggota Dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia : Satu Kajian Di Batalion 1, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Ipoh, Perak, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Zawanah, M. R. (2015). Hubungan Antara Faktor Tekanan Dengan Kesan Tekanan dan Prestasi Kerja Guru di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Downloads

Published

2020-06-17

How to Cite

Abdul Rahman, A. A., & Musa, F. (2020). FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, JOHOR. Jurnal Kemanusiaan, 18(1). Retrieved from https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/359

Issue

Section

Articles