Editorial Note
Abstract
Jurnal Kemanusiaan Keluaran Khas kali ini memuatkan 14 artikel yang ditulis oleh ahli akademik dalam bidang bahasa asing. Keluaran ini membahaskan pelbagai aspek bahasa, sastera dan budaya asing daripada perspektif dan rona yang berbeza. Perbincangan merangkumi bahasa dunia yang utama seperti bahasa Arab, Cina, Jepun, Perancis dan Korea. Penerbitan ini bertujuan merangsang dan merancakkan lagi budaya penulisan akademik dalam bidang ini.
Melalui artikel yang terhidang dalam keluaran khas ini, pembaca akan dapat melihat pelbagai perspektif dan pandangan yang menarik yang dipersoalkan. Isu yang diutarakan bukan sahaja menyentuh aspek pembelajaran dan pengajaran, malah juga dari aspek lain seperti aspek sosial, kepelbagaian budaya pada skala yang lebih besar.
Perbincangan dan kupasan yang pelbagai bentuk sifatnya ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap isu-isu yang berkaitan dengan aspek bahasa, sastera dan budaya asing terutamanya bahasa, sastera dan budaya Arab, Cina, Jepun, Perancis dan Korea.