TY - JOUR AU - Ahmad Shazili, Anis Khadijah AU - Nordin, Nor Akmar AU - Norazman, Irmawati PY - 2020/12/01 Y2 - 2024/03/29 TI - HUBUNGAN DI ANTARA GAYA IKATAN (ATTACHMENT) ANAK-ANAK DENGAN IBU BAPA DAN KEPUASAN HIDUP DALAM KALANGAN REMAJA DI SEKOLAH KLUSTER JF - Jurnal Kemanusiaan JA - Jur. Kemanusiaan VL - 18 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/399 SP - AB - <p>Setiap orang mempunyai sesuatu ikatan yang istimewa terhadap ibu bapanya. Ikatan (<em>attachment</em>) adalah ikatan emosi dengan individu lain.Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan diantara gaya ikatan remaja terhadap ibu bapa dengan kepuasan hidup. Responden dalam kajian ini terdiri daripada remaja berumur 16 tahun hingga 17 tahun di sebuah sekolah kluster di kawasan Kota Bharu iaitu seramai 180 pelajar. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan <em>The Inventory of Parent and Peer Attachment</em> (IPPA) dan <em>Multidimension Student’s Life</em> <em>Satisfaction</em> (MSLS). Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara gaya ikatan (<em>attachment</em>) remaja dengan ibu bapa dan kepuasan hidup. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa gaya ikatan yang selamat mempunyai hubungan korelasi positif dan gaya ikatan yang tidak selamat mempunyai korelasi negatif dengan tahap kepuasan hidup. Analisis keputusan kajian menunjukkan bahawa remaja di sekolah ini mempunyai tahap gaya ikatan yang sederhana dan mempunyai tahap kepuasan hidup yang sederhana. Kepuasan hidup pelajar juga haruslah diambil kira untuk mengelakkan berlakunya masalah kesihatan mental dan psikologikal ketika dewasa. Kajian ini juga diharap dapat menjadi penyumbang kepada pihak yang berkenaan bagi membantu membentuk remaja yang berjaya di masa hadapan.</p> ER -